Tarikat Al Ahmadiah Al Idrisiah di asaskan oleh Sidi Ahmad B Idris mempunyai konsep penyucian roh agar diri seseorang dapat mencapai akhlak dan perjuangan Rasulullah saw. Segala amalan dipetik dari kitab aurad al- ahmadiah al-idrisiah .Pembaca dinasihatkan merujuk dengan guru yang mursyid .Perjalanan tarikat tasauf ada lah ilmu rasa ...rasa kemanisan menyebut nama Allah ,bukannya ilmu untuk mempamerkan kealiman diri ,tetapi akhir perjuangan ini ialah makam taqwa.
NASIHAT UNTUK RENUNGAN
Tujuan utama manusia dijadikan Allah adalah untuk beribadat kepada Allah s.w.t Ibadat yang dimaksudkan adalah ibadat yang mendapat peringkat ihsan ia itu ibadat yang digambarkan oleh Rasulullah saw melalui sabdanya yang bermaksud:
"...Kamu menyembah Allah seolah olah kamu melihatnya dan sekiranya kamu tidak melihatnya,sesungguhnya ia melihat kamu".
Umat islam masa kini perlu berhati hati dalam memilih perjalanan Tarikat Tasauf , kerana terdapat banyak penyelewengan ajaran ajaran yang dicampur aduk dengan amalan amalan lain. Umat islam perlu menguna kebijaksanaan akalnya dengan bersandarkan syariat syariat untuk mengenalpasti ajaran yang salah atau yang benar. Setiap perjalanan tarikat tasauf perlu mempunyai salsilah yang jelas mengenai pengasasnya yang harus sampai kepada Rasulullah saw. Setiap Tarikat Tasauf perlu mempunyai aurad yag mengandungi dengan jelas segala amalan amalan yang diperturunkan oleh pengasasnya. Pengikut ajaran tarikat tasauf perlu bijak memilih guru mursyid yang mempunyai akhlak Rasullulah saw dan mematuhi hukum hukum syariat. Kita perlu ingat, setinggi mana maqam guru itu,mereka bukannya maksum , perlu ditegur atau dijauhi jika kita dapati melakukan perkara yang bercangah dengan syariat. Kita perlu ingat 'riak' ada lah musuh utama ibadat , bukan sedikit orang yang sudah mencapai gelaran "guru" jatuh kecundang kerana riaknya apabila sudah mempunyai ramai muridnya dan apabila dianugerah Allah dengan keramah dan keberkatannya . Guru guru mursyid perlu bijak menjalankan aktiviti aktivti ibadat agar tidak mudah menimbul fitnah dikalangan masyarakat , kerana ini ada lah zaman fitnah. Kita akan melihat yang benar itu dianggap sesat dan yang salah itu ada lah benar.
Search This Blog
Tuesday, December 29, 2009
SELAWAT AZAMIYAH
Terjemahan Selawat Azamiyah
"Wahai Tuhanku,sesungguhnya aku pohonkan engkau dengan nur zat Allah yang Maha Besar yang penuh segala sudut arasy Allah yang Maha Besar, dan tegap dengannya itu segala alam Allah yang Maha Besar,semuga engkau rahmati penghulu kami Nabi Muhammad ampunya darjat yang Maha Besar, dan ke atas keluarga Nabi Allah yang Maha Besar dengan kadar kebesaran zat Allah yang Maha Besar pada tiap tiap silau atau kelipan dan nafas sebilangan apa dalam ilmu Allah yang Maha Besar,sebagai rahmat berkekalan dengan kekalnya Allah yang Maha Besar,kerana membesarkan hak engkau wahai penghulu kami wahai Muhammad,wahai empunya peribadi yang Maha Besar dan sejahterakanlah ke atas keluarganya seumpama itu dan himpunkan diantaraku dan diantaranya sebagaimana kau himpunkan diantara roh dan jasad pada zahir dan pada batin masa jaga dan masa tidur dan jadikanlah beliau wahai tuhanku sejiwa bagi zatku dari segala segi amalan atau akhlak didunia lagi sebelum akhirat wahai yang Maha Besar"
Kelebihan Selawat Azamiyah.
Sidi Muhammad B Ahmad al Dandarawi menjelaskan kelebihan selawat ini denga berkata :" Hendaklah kamu lancarkan selawat yang mulia ini seperti lancarnya kamu membaca al fatihah,keranaorang yang menghafaz selawat ini apabila mati ia diluaskan kuburnay seluas antara langit dan bumi,di bentangkan padanya beberapa hamparan syurga dan diterangkan kuburnya hingga hari kiamat".(al ahzab hlm 16). Selawat ini juga dikatakan dapat menolong meninggikan taraf orang orang berdosa yang meninggal duni dengan memindahnya ke tempat yang lebih tinggi.Sidi Muhammad Tahir berkata bahawa ahli kashaf menceritakan kepada beliau bahawa selawat azamiyah mempunyai pahala yang berterusan samaada semasa didunia nahupun diakhirat kelak. Sekiranya pengamal selawat ini masuk syurga,maka pahalanya berganda tanpa berkesudahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment