NASIHAT UNTUK RENUNGAN

Tujuan utama manusia dijadikan Allah adalah untuk beribadat kepada Allah s.w.t Ibadat yang dimaksudkan adalah ibadat yang mendapat peringkat ihsan ia itu ibadat yang digambarkan oleh Rasulullah saw melalui sabdanya yang bermaksud:
"...Kamu menyembah Allah seolah olah kamu melihatnya dan sekiranya kamu tidak melihatnya,sesungguhnya ia melihat kamu".
Umat islam masa kini perlu berhati hati dalam memilih perjalanan Tarikat Tasauf , kerana terdapat banyak penyelewengan ajaran ajaran yang dicampur aduk dengan amalan amalan lain. Umat islam perlu menguna kebijaksanaan akalnya dengan bersandarkan syariat syariat untuk mengenalpasti ajaran yang salah atau yang benar. Setiap perjalanan tarikat tasauf perlu mempunyai salsilah yang jelas mengenai pengasasnya yang harus sampai kepada Rasulullah saw. Setiap Tarikat Tasauf perlu mempunyai aurad yag mengandungi dengan jelas segala amalan amalan yang diperturunkan oleh pengasasnya. Pengikut ajaran tarikat tasauf perlu bijak memilih guru mursyid yang mempunyai akhlak Rasullulah saw dan mematuhi hukum hukum syariat. Kita perlu ingat, setinggi mana maqam guru itu,mereka bukannya maksum , perlu ditegur atau dijauhi jika kita dapati melakukan perkara yang bercangah dengan syariat. Kita perlu ingat 'riak' ada lah musuh utama ibadat , bukan sedikit orang yang sudah mencapai gelaran "guru" jatuh kecundang kerana riaknya apabila sudah mempunyai ramai muridnya dan apabila dianugerah Allah dengan keramah dan keberkatannya . Guru guru mursyid perlu bijak menjalankan aktiviti aktivti ibadat agar tidak mudah menimbul fitnah dikalangan masyarakat , kerana ini ada lah zaman fitnah. Kita akan melihat yang benar itu dianggap sesat dan yang salah itu ada lah benar.

Search This Blog

Wednesday, December 30, 2009

SALSILAH TARIKAT AL-AHMADIAH AL-IDRISIAH

SALSILAH dalam ajaran tarikat ada lah amat penting kerana ia perlu untuk menjaga pertalian yang terus menerus dengan pemimpin tarikat sebelumnya. Salsilah ajaran tarikat terdiri dari sederetan nama para wali yang terkemuka dalam dunia tasauf islam.Penerimaan tarikat adalah berterusan dari seorang sheikh mursyid kepada seorang sheikh mursyid yang lain akhirnya salsilah ini sampai kepada para sahabat r.a dan rasulullah saw.
Salsilah Tarikat Al Ahmadiah Al Idrisiah juga mempunyai salsilah yang jelas dan berterusan hingga kepada Rasulullah .Pengasas awalnya ialah Sidi Ahmad B Idris yang meninggal 12 rejab 1353H. Kemudian tarikat ini diterima oleh SidiIbrahim Al Rashidi yang meninggal pada 9 syaban 1291 H dan seterusnya tarikat ini di terima oleh Sidi Muhammad Al Dandarawi. Bermula daripada Sidi Muhammad B Al Dandarawi,terdapatnya cabang cabang yang banyak di dalam salsilah tarikat ini. Ternyata Tarikat Al Ahmadiah Al Idrisiah mempunyai salsilah yang pendek kerana Sidi Ahmad sebagai pengasasnya yang pertama mendakwa bahawa beliau menerima tarikat ini secara langsung daripada Rasulullah saw.

SIDI AHMAD B IDRIS
Sidi Ahmad b Idris adalah pengasas pertama Tarikat Ahmadiah. Beliau dilahirkan dikampung MAISUR,Arayish ditepi laut Moroko dalam negeri Fez pada tahun 1172 H. Nama penuh beliau ialah Ahmad B Idris B Abdullah B Hussin al Masna B Abi Muhammad sehingga Saidina Hussin Al Basti.Semenjak kecil lagi beliau didik dalam disiplin agama dimana kemudiannay beliau berguru dengan beberapa ulama dan ahli sufi yang terkenal. Sebelum sidi Ahmad menerima Tarikat Ahmadiah ini,beliau telah beramal dengan Tarikat Al Khadiriah Al Aziziah yang diterima daripada Sidi Abdul Wahab Al Tazi. Tarikat kedua pernah diterima ialah Tarikat Shadziliyah daripada Abu Qasim Al Waziri Al Ghazidan seterusnya beliau menerima Tarikat Al Khalwatiyah daripada sheikh Hassan B Hassan Bek Al Qanai. Walaupun beliau banyak menerima banyak Tarikat sepanjang hidupnya sebelum mengasaskan Tariqat Ahmadiah,beliau tetap tidak hanyut dalam pelbagai aliran ajaran Tarikat tersebut. Malahan beliau tidak bersetuju dengan amalan amalan yang melampau didalam ajaran sufi. Sidi Ahmad memang terkenal dengan sikapnya bercorak reaksioner. Beliau tidak menerima sesuatu hukum sekiranya tidak bersandarkan kepada alquran dan hadis.
Sidi Ahmad banyak mengembara ke negri negeri lain dengan tujuan untuk berguru kepada guru guru sufi yang terkenal. Buat pertama kalinya beliau bertolak ke Mekah untuk berguru disamping menunaikan haji. Semenjak itu beliau tidak lagi kembali ke tanah air nya di Moroko. Pada tahun 1799 Sidi Ahmad ke Kaherah dan menetap didaerah Qina. Kemudian pada tahun 1818 sekali beliau ke Mekah untuk belajar sambil mengajar orang ramai. Akhirnya mengembara ke Zabid pada tahun 1827 dan terus ke Kota Sabya yang terletak di Asir. Beliau meninggal dunia dikota ini pada tahun 1837M (1253H) dan dikebumikan di bandar Saria,Yaman Utara.
Semasa bersahabat dengan Sidi Abi Qsim al Waziri al Tazi, Allah telah membuka pintu teriqat kepada beliau. Ketika itu Sidi Ahmad sudah pun mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang tariqat dan beliau mahir dalam persoalan dan amalan-amalannya.Beliau juga begitu matang didalam ilmu al-quran dan al sunnah yang sukar ditandingi ketika itu.Sidi Ahmad telah diberi tauliah sebagai khalifah yang diizinkan untuk mengajar agama dalam bidang tersebut.Sidi Ahmad dikatakan menerima tariqat ahmadiah ini di dalam pertemuannya dengan Rasulullah dalam bentuk pertemuan suri selepas kematian gurunya Abu Qasim.Didalam pertemuan ini, Rasulullah telah mengarahkan saidina al Khaidir supaya mengajar kepada Sidi Ahmad semua zikir tariqat Syadziliyah, lalu Khaidir segara menjalankan perintah tersebut.Kemudian Rasulullah menyuruh saidina Khaidir mengajar pula zikir,selawat dan istighfar yang terbesar dan terafdhal sekiranya dibandingkan dengan zikir,selawat dan istighfar yang lain.Lantas Saidina Khaidir mengajarnya.Selepas itu , Rasulullah sendiri telah mentalqinkan ziqir,selawat azamiyah dan beristighfar kabir kepada Sidi Ahmad.Oleh itu tariqat itu telah dikenali dengan nama tariqat Ahmadiyah kerana dihubungkan kepada Sidi Ahmad b. Idris.

SIDI IBRAHIM B AL RASHIDI
Sidi Ibrahim B Al Rashidi merupakan pewaris kedua Tarikat Al Ahmadiah Al Idrisiah selepas Sidi Ahmad B Idris. Nama sebenar beliau ialah Ibrahim B Salleh Al Qahanbi B Sayyid Abdul Rahman. Beliau berasal dari keluarga awliya' Allah di mana dikatakan berasal dari Aqil B Abi Talib r.a. Beliau dilahirkan pada bulan rejab 1228 H(1813 M) di negeri Duih di Sudan. Pada mulanya beliau mendapat pendidikan daripada bapanya yang terkenal dengan kealimannya dalam bidang ugama.Sejak kecil lagi Sidi Ibrahim Menghafal al quran dan mempelajari ilmu ilmu ugamayang penting.Hasilnya beliau menjadi ulama dan iman sembahyang dalam usia yang masih muda. Oleh itu beliau telah beri gelaran al rashid disamping beliau juga dapat menguasai segala ilmu haqaiq. Keinginan Sidi Ibrahim untuk mempelajari ilmu tarikat bermula bila beliau bermimpi ada suatu cahaya yang datang mengejutkan hatinya. Selepas itu ,lahirlah keinginan beliau untuk berjumpa dab berguru dengan Sidi Ahmad pengasas Tarikat Ahmadiah yang ketika itu berada di Yaman. Sidi Ibrahim telah bertolak ke Hijaz dengan tujuan menemui Sidi Ahmad. tetapi Sidi Ahmad telah belayar ke Sanya. Oleh itu,pada tahun 1248 H(1832 M),ketika beliau berusia 27 tahun neliau telah belayar ke Yaman. Apabila tiba disana beliau dijemput oleh Sidi Ahmad supaya bermalam dirumahnya.Dua hari kemudian,beliau menerima Tarikat Ahmadiah dan berkhidmat kepada gurunya selama 5 tahun 5 bulan. Setelah Sidi Ahmad B Idris meninggal dunia ,Sidi Ahmad mengambil tempat pengasasnya dengan mewarisi zikir,selawat azamiyah dan istighfar kabir. Sidi Ibrahim juga dalam hayatnya pernah mendapat penghormatanuntuk bertemu dengan rasulullah saw dan menerima beberapa amalan zikir dari baginda.Oleh kerana itu,apa apa sahaja amalan yang tidak ada pada Sidi Ahmad ada lah perjalanan Sidi Ibrahim yang menerima sendiri daripada baginda Rasulullah saw. Usaha usaha baginda untuk memperkenalkan Tarikat Ahmadiah ke masyarakat luar telah berjaya ,mengembangkan ke Somalia pada tahun 1850 M.Murid murid nya menganggap beliau sebagai ahli sufi yang berhasil sebagai maqam qutb. Beliau meninggal dunia pada bulan syaban 1291 H(1872 M) dan dikebumikan di suatu tempatbernama Ma'la di Kota Mekah.

SIDI MUHAMMAD B AHMAD AL DANDARAWI
Sidi Muhammad B Ahmad Dandarawi adalah pengasas terakhir bagi tarikat Ahmadiah.Gelaran Al Dandarawi diberikan kerana menghubungkan dengan suatu tempat yang kenali sebagai Dandara yang terletak lebih kurang 6 batu dari bandar Qina di lembah Nil dibahagian Selatan Kaherah. Beliau dilahirkan dibandar Qina,tetapi keluarganya berasal daripada bangsawan Moroko yang datang ke Mesir untuk memerangi golongan kafir di situ dan akhirnya mereka menetap di Dandara sehingga sekarang. Sidi Muhammad B Ahmad Dandarawi telah mengembara ke Mekah dan berguru kepada Sidi Ibrahim Al Rashidi.Sidi Ibrahim mendidik beliau sehingga beliau diakui sebagai ahli sufi yang mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan seperti mengetahui ilmu laduni,ilmu haqaiq,ilmu daqaiq dan kashaf. Beliau dikatakan mencapai maqam qutb yang digelar qutb al Rawi. Sidi Muhammad B Ahmad Dandarawi juga mendapat penghormatan untuk bertemu dengan Rasulullah .Beliau mendapat beberapa amalan zikir yang tidak diperolehi oleh kedua kedua pengasas Tarikat Ahmadiah sebelumnya. Amalan ini disebut sebagai perjalanan Sidi Muhammad yang diantaranya ialah mentalqin orang yang ingin beramal dengan Tarikat Ahmadiah dengan lafaz "Laailaha illah Muhammad Rasulullah " sebanyak 4 kali.Oleh itu Tarikat Ahmadiah berubah sekali lagi menjadi Tarikat Ahmadiah Al Rashidiah Al Dandarawiah bersempena nama Sidi Muhammad B Ahmad al Dandarawi. L Dandarawi mempunyai cita cita untuk mengembangkan lagi ajaran al Dandarawi ,tidak hanya disekitar Tanah Arab tetapi meliputi daerah daerah yang lebih jauh termasuk India dan Asia Tenggara khasnya Malaysia.Bagi memenuhi cita cita tersebut ,beliau mengirim wakil wakilo tertentu sebagai utusan khas bagi menjelaskan konsep amalan Tarikat Ahmadiah dan cita cita pengasasnya Sidi Ahmad B Idris.Wakil wakil tersebut seperti Sidi Azahari B Hassan ke India,Haji Muhammad Said B Jamaluddin al Linggi ke Malaysia. Sidi Muhammad al Dandarawi meninggal dunia pada 29hb Muharram 1327 H(1909 M) di Madinah .

erti TARIKAT

"TARIKAT IALAH PERJALANAN,BERASAL DARI PERKATAAN ARAB,TETAPI ISTILAH INI TELAH DITERIMA DAN DIGUNAKAN DIDALAM BAHASA MALAYSIA. ALLAH SWT JUGA MENGGUNAKAN BEBERAPA PERKATAAN DIDALAM ALQURAN YANG MEMBERI MAKSUD SAMA AT TARIQ ATAU AT TARIQAT SEPERTI AL SABIL,AL SIRAT DAN AL MUSTAQIM.KE SEMUA PERKATAAN INI SAMA ERTINYA DENGAN PERKATAAN AT TARIQ DAN AT TARIQAT.APABILA PERKATAAN AT TARIQAT DIGUNA DALAM PERBINCANGAN ILMU TASAUF ,MAKA IA BERMAKNA PERJALANAN DIATAS LANDASAN DAN JALAN YANG MEMBAWA KEPADA MENGENAL ALLAH SERTA MENUJU KEPADA KEREDHAANNYA. JALAN INI SUDAH PASTI MELALUI LANDASAN YANG BENAR SERTA YANG DIREDHAI OLEH ALLAH BERDASARKAN HIDAYAT DAN PETUNJUKNYA,BERLANDASKAN WAHYU DARI ALLAH DAN BERSUMBERKAN ALQURAN DAN AL SUNNAH DENGAN TUJUAN MARIFAT ALLAH,MAHABBAH DAN MASHAHADAH."

erti TASAUF

" SEORANG SUFI IALAH ORANG YANG SENTIASA DALAM USAHA PEMBERSIHAN.IA SENTIASA MENJAGA WAKTUNYA DARI DEBU KEKOTORAN IAITU MEMBERSIHKAN HATI DARI KEKOTORAN NAFSU.YANG MENOLONG UNTUK MELAKSANAKAN USAHA INI IAITU:SIFAT SENTIASA MERASA KEFAKIRAN(IFTIQAR) DIRI PADA ALLAH. SETIAP KALI NAFSU ITU BERGERAK DENGAN SALAH SATU DARI SIFAT-SIFATNYA, MAKA IA KAN SEGERA MENYEDARINYA MELALUI MATA HATINYA(AL BASIRAH) YANG AMAT AWAS, LALU IA LARI DARI SIFAT NAFSU ITU DAN MENUJU KEPADA ALLAH. DENGAN BERSIKAP TETAP DAN SENTIASA DALAM PEMBERSIHAN, MAKA IA AKAN BERSIFAT QAWWAMIN(MENEGAKKAN KEBENARAN)."

itu lah ILMU

Iman Al Ghazali telah berkata :
" Ilmu yang memberi manfaat ialah ....................
ilmu yang menambah ketakutan kamu kepada Allah Taala,
menambah penglihatan kamu tentang kecelaan dirimu,
menambah pengetahuan kamu mengenai Tuhanmu yang Maha Mulia,
mengurangkan keinginanmu kepada dunia ,
dan menambah kegemaranmu kepada akhirat ,
dan yang membuka basirahmu tentang perkara yang boleh membinasakan ilmu sehingga kamu menjauhinya serta yang menyedarkan dirimu dari tipu daya syaitan "

Tuesday, December 29, 2009

SELAWAT AZAMIYAH


Terjemahan Selawat Azamiyah
"Wahai Tuhanku,sesungguhnya aku pohonkan engkau dengan nur zat Allah yang Maha Besar yang penuh segala sudut arasy Allah yang Maha Besar, dan tegap dengannya itu segala alam Allah yang Maha Besar,semuga engkau rahmati penghulu kami Nabi Muhammad ampunya darjat yang Maha Besar, dan ke atas keluarga Nabi Allah yang Maha Besar dengan kadar kebesaran zat Allah yang Maha Besar pada tiap tiap silau atau kelipan dan nafas sebilangan apa dalam ilmu Allah yang Maha Besar,sebagai rahmat berkekalan dengan kekalnya Allah yang Maha Besar,kerana membesarkan hak engkau wahai penghulu kami wahai Muhammad,wahai empunya peribadi yang Maha Besar dan sejahterakanlah ke atas keluarganya seumpama itu dan himpunkan diantaraku dan diantaranya sebagaimana kau himpunkan diantara roh dan jasad pada zahir dan pada batin masa jaga dan masa tidur dan jadikanlah beliau wahai tuhanku sejiwa bagi zatku dari segala segi amalan atau akhlak didunia lagi sebelum akhirat wahai yang Maha Besar"

Kelebihan Selawat Azamiyah.
Sidi Muhammad B Ahmad al Dandarawi menjelaskan kelebihan selawat ini denga berkata :" Hendaklah kamu lancarkan selawat yang mulia ini seperti lancarnya kamu membaca al fatihah,keranaorang yang menghafaz  selawat ini apabila mati ia diluaskan kuburnay seluas antara langit dan bumi,di bentangkan padanya beberapa hamparan syurga dan diterangkan kuburnya hingga hari kiamat".(al ahzab hlm 16). Selawat ini juga dikatakan dapat menolong meninggikan taraf orang orang berdosa yang meninggal duni dengan memindahnya ke tempat yang lebih tinggi.Sidi Muhammad Tahir berkata bahawa ahli kashaf menceritakan kepada beliau bahawa selawat azamiyah mempunyai pahala yang berterusan samaada semasa didunia  nahupun diakhirat kelak. Sekiranya pengamal selawat ini masuk syurga,maka pahalanya berganda tanpa berkesudahan.  

ISTIGHFAR KABIR


Terjemahan.
Aku pohon ampun kepada Allah yang Maha Besar yang tiada Tuhan melainkan Allah yang hidup pengawal dan pentadbir,maha pengampun segala dosa,empunya sifat Jalal dan Pemurah.Aku bertaubat kepadaNya dari semua maksiat seluruhnya dan segala dosa dan kesalahan. Dan dari semua dosa yang telah aku lakukan ,dengan sengaja dan tersalah pada zahir dan batin,kata kata dan perbuatan ,pada seluruh gerak geriku,diamku,lintasanku dan nafasku semuanya sentiasa berkekalan. Dari dosa yang aku ketahui dan dari dosa yang aku tidak ketahui. Sebilangan apa yang diliputi denganya ilmu Allah dan yang dicatit oleh kitab dan yang digariskan oleh kalam dan sebilangan apa yang diadakannya oleh kekuasaan Allah dan yang ditentukannya oleh kehendak Allah dan sebanyak dakwat kalimat Allah seperti mana yang sayugia bagi sifat Jalal zat Tuhan kami dan JamalNya dan kesempurnaanNya dan sebagaimana yang dikasihi oleh Tuhan kami dan ia redhai.

FATIHAH AL AURAD DAN TAHLIL


Terjemahan (Fatihah Al-Aurad).
" Ya Tuhanku sesungguhnya Aku persembahkan kepadaMu dihadapan tiap tiap nafas makhluk dan silau kerling yang berkelip denganya penghuni segala langit dan penghuni bumi dan tiap tiap suatu yang ia didalam ilmu Mu yang tetap ada atau sesungguhnya telah ada aku persembahkan kepada Mu dihadapan itu semua "

Terjemahan (Tahlil).
" Tiada Tuhan melainkan Allah,Muhammad itu pesuruh Allah pada tiap tiap kelipan mata dan tiap tiap nafas segala makhluk sebanyak barang luasnya ilmu Allah"

Kelebihan Tahlil.
Tahlil ini dikatakan mempunyai kelebihan yang besar kerana apabila seseorang itu membaca sekali sahaja dalam sehari semalam, ia dikira sebagai orang yang berzikir sepanjang masa.Oleh yang demikian dia akan dianggap golongan al zakirin dan al zakirat Allah. Kelebihan ini menunjukkan bahawa mereka termasuk dalam golongan yang disebut Allah dalam firman yang bermaksud :
   " ingatlah kamu kepada Aku,nescaya Aku akan mengingatimu"(surah al baqarah 2:52)
Mengikut keterangan Iman al Solah,bahawa tahlil ini mempunyai pahala yang paling besar martabatnya dan merupakan zikir yang paling tinggi serta boleh memberi pertolongan kepada sesiapa saja yang mengamalkannya.

Wirid 2- Kalimatun Thoyyibah

Wirid 1 kalimatun thoyyibah